15 Januari 2019 - 16:43
Iran Panggil Duta Belanda Protes Serangan Ke Atas Kedutaan Tehran Di The Hague

Kementerian Luar Republik Islam Iran telah memanggil Duta Belanda ke Tehran, Jacques Werner untuk menyatakan protes terhadap negara itu berikutan serangan terkini ke atas kedutaan Republik Islam di The Hague oleh "beberapa elemen anti-revolusi dan puak pemisah".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Republik Islam Iran telah memanggil Duta Belanda ke Tehran, Jacques Werner untuk menyatakan protes terhadap negara itu berikutan serangan terkini ke atas kedutaan Republik Islam di The Hague oleh "beberapa elemen anti-revolusi dan puak pemisah".

Seorang pegawai kanan Kementerian Luar Iran pada hari ini menyampaikan protes Tehran kepada Duta Belanda, lapor kementerian tersebut dalam satu kenyataan pada hari Selasa.

Laporan itu menambah bahawa para pegawai Iran turut merujuk kepada serangan serupa pada masa lalu dan mengkritik pihak berkuasa dan pihak kehakiman Belanda berikutan kurangnya langkah-langkah pencegahan yang tegas dalam memastikan perkara seperti ini tidak berulang-lagi. -Press TV